Monday, 15 June 2015

Pembuka Bicara : Tentang Hati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bismillah. Segala pujian dan syukur ke atas Allah Tuhan sekalian alam.

Saya menaip di atas katil sambil separa baring dan separa duduk ni.
Eh! Bagaimana itu?
Alah...takkan tak tahu.
Kaki dibengkokkan dan lutut naik ke atas, sambil peha menahan computer pangku.
Ha..dah boleh bayangkan? Hee
Sebenarnya posisi begini kurang bagus agaknya.
Ingin sekali menaip di meja tulis sambil duduk tegak, namun terasa alangkah enaknya jika dapat berbaring. Jika nak baring, buatlah cara ingin baring, iya tak?
Bukan apa, dari sehari ke sehari saya mahu menulis blog dan berterusan menangguh, hinggalah ke saat ini. Maka posisi duduk atau baring itu tidaklah saya pedulikan lagi.

Hm..saya banyak cakap kah? Haha..
Menaip ini umpama berkata-kata bukan?, cuma bezanya ia tidak bersuara.
Apa yang terluah di skrin computer adalah apa yang berada di benak fikiran.
Pada saya, menulis atau menaip ini tidak melambangkan seseorang itu banyak berbicara.
Adakalanya yang sepatah dua saja ditaip, tetapi di luar sana suka berbual, tak habis-habis pula..hehe.

Baiklah saya berhenti di sini dahulu ya.
Semoga berblogging ini dapat memberikan manfaat kepada saya.
Salam mesra buat semua dan bertemu lagi di entry akan datang :)

No comments: